‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]

Sebaran :

‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]

SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Mazlan Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menafikan terlibat dalam sebarang penjualan barangan terlarang seperti tular baru-baru ini.

Lan Pet Pet berkata, sebaliknya ia merupakan produk krim kesihatan lelaki dengan dia merupakan rakan kongsi tersebut.

Katanya, video tersebut memberikan imej negatif kepadanya dan keluarga walaupun ketika kejadian sebenarnya dia sedang membuat penghantaran (COD) krim tersebut di sebuah lokasi di Kedah.

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu.

“Orang itu (pembeli) duduk kampung hendak membeli krim tersebut, namun tidak tahu cara pesanan dalam talian disebabkan telah tua. Produk ini mungkin menyebabkan dia malu dengan keluarga dan isterinya, jadi saya buat COD produk itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di hadapan kompleks mahkamah, Seksyen 5 di sini hari ini.

Beliau yang kini bekerja sebagai pegawai khas di sebuah firma guaman memberitahu, dia memaafkan perakam dan netizen yang mengecam susulan penularan video tersebut.

Ujar Lan Pet Pet, dia juga tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang termasuk menyaman perakam terbabit dan mereka yang menularkan video itu

Sebelum ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan. -K! ONLINE

‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Woi, hang rakam apa! Lan Pet Pet akan ambil tindakan

Pandai Lan didik isteri. Isteri Lan Pet Pet jadi perhatian warganet gara gara penampilan terkini


Sebaran :

Leave a Reply