Woi, hang rakam apa! Lan Pet Pet akan ambil tindakan

Woi, hang rakam apa! Lan Pet Pet akan ambil tindakan

Anggap difitnah, Lan Pet Pet bakal ambil tindakan undang-undang

Lan Pet Pet bakal menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan sewajarnya selepas namanya dikaitkan sebagai pelawak yang sedang berurusan ‘jual beli’ dalam sebuah rakaman klip video tular baru-baru ini.



Kata Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad itu, tindakan akan diambil memandangkan video berkenaan mendatangkan fitnah ke atas imej dirinya.

“Memandangkan hantaran-hantaran yang berunsur fitnah telah mengaibkan nama, saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya di Instagram.

Lan turut mengiringi kenyataan tersebut dengan video terbabit serta tanda pagar #kesnaya.

Terdahulu, nama Lan, 52, mengundang perhatian umum selepas video memaparkan seorang lelaki didakwa sedang ‘berurusan’ dalam keadaan mencurigakan beredaran di media sosial.



Lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk sebaik mendapati urusannya dengan seorang penunggang motosikal dirakam oleh individu lain.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari kereta jenis perodua Myvi yang dipandu serta meluru ke arah perakam video sambil mengherdiknya dengan menggunakan loghat Utara.



“Woi, hang rakam apa?” katanya.

Pertelingkahan dipercayai berlaku selepas itu.

Menurut Lan yang juga anggota kumpulak pelawak Senario itu, dia juga bakal memberikan keterangan mengenai penularan video tersebut bersama pihak media tidak lama lagi.

“Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular itu,” katanya. Mk



Woi, hang rakam apa! Lan Pet Pet akan ambil tindakan

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker