Syatilla Melvin tawar susu ibu untuk anak Shuib

Syatilla Melvin tawar susu ibu untuk anak Shuib

Ramai yang tawar diri jadi ibu susuan Ayash Affan – Shuib

SELEPAS pemergian isteri, pelawak, Shuib memberitahu ramai begitu ramai yang sangat mengambil berat terhadap perkembangan anak bongsunya, Ayash Affan yang sempat dilahirkan sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia.

Namun, Shuib memberitahu ada beberapa perkara yang dia masih fikirkan dan perlu mendapat jawapan daripada ustaz terutamanya berkenaan susu ibu.

“Doktor beritahu yang buat masa ini bayi saya diberi minum susu tepung tapi kalau boleh, Doktor kata susu ibu lebih baik untuk anak saya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Itu pun dah macam soalan cepu emas, susu siapa nak bagi. Memang ramai orang offer, macam Samtilla (Syatilla Melvin) pun ada. Dia cakap kalau nak susu just bagitau,” ujarnya selepas selesai majlis tahlil dan bacaan Yassin semalam.

Ujar Shuib, dia sendiri kurang pasti mengenai perkara tersebut dan akan bertanya kepada ustaz untuk mendapatkan penjelasan.

Dalan pada itu, Shuib turut memaklumkan yang anak bongsunya itu telah disahkan negatif Covid-19 selepas dua kali menjalani ujian saringan.

Bagaimanapun, ketika ini dia masih belum berkesempatan melihat anaknya itu di hospital atas nasihat doktor.

“Dalam pukul 11 pagi tadi, Pengarah HUKM telah berbincang dengan doktor dan keadaan di situ tidak begitu mengizinkan kerana risiko Covid-19 yang tinggi.

“Jadi, beliau berpesan untuk lebih selamat beliau terpaksa tunda dulu. Tetapi beliau akan cuba dapatkan gambar atau video sebab anak-anak pun hari-hari bertanya bila dapat tengok Ayash. Saya lagilah nak sangat tengok dia,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Allahyarham Siti Sarah telah dapat melahirkan anak keempatnya pada 6 Ogos lalu menerusi satu pembedahan.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan telah menghembuskan nafas terakhir setelah beberapa hari bertarung nyawa kesan daripada positif Covid-19. SM

Syatilla Melvin tawar susu ibu untuk anak Shuib

Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker