Jangan percaya ketum boleh cegah penyakit

Sebaran :

Masyarakat diingatkan supaya tidak mempercayai petua mengenai daun ketum mampu mencegah dan merawat penyakit Covid-19 sebagaimana tular di media sosial.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar, Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, tiada kajian yang membuktikan daun ketum boleh merawat Covid-19.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah strategi dan agenda pengguna serta penanam ketum untuk mempromosi dan mewajarkan penggunaan daun ketum ketika pandemik ini.

“Mereka mengambil peluang ketika masyarakat bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 dan kematian demi mengaut keuntungan.

“Tindakan mereka akan memesongkan kefahaman masyarakat dan menggalakkan penyalahgunaan daun ketum yang boleh menyebabkan penagihan terutamanya golongan muda,” katanya.

 

Memproses dan menjual air ketum adalah salah di sisi undang-undang Malaysia.
Memproses dan menjual air ketum adalah salah di sisi undang-undang Malaysia.

Zaki Zamani berkata, setakat ini, beliau belum mendengar cerita ada ibu bapa memberi anak mereka minum air ketum untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun, masyarakat perlu sentiasa merujuk kepada pengamal perubatan yang bertauliah dan pihak berkuasa kesihatan serta institusi perubatan sebelum mempercayai sebarang informasi di media sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Zaki Zamani turut menasihatkan orang awam agar tidak menerima bulat-bulat semua perkara yang dibaca di platform media sosial selagi belum ada pengesahan kajian yang membuktikannya.

Baru-baru ini tular di media sosial sekeping gambar yang menunjukkan rakyat dari negara jiran minum air ketum untuk merawat Covid-19.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah mengeluarkan satu poster yang menjelaskan bahawa penggunaan ketum merupakan satu mitos dan tiada bukti saintifik ataupun kajian makmal yang membuktikan air ketum mampu melawan Covid-19.

Selain itu, tiada laporan yang mengatakan ia mampu menghalang virus malah pokok ketum mengandungi bahan-bahan psikoaktif dan euforia itu boleh menyebabkan ketagihan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Amaran keras diberi Sultan Johor untuk bubarkan DUN jika ada usaha jatuhkan kerajaan


Sebaran :

Leave a Reply