Jajaran baru : Tony Pua mahu Dap pertimbang tawaran Muhyiddin

Jajaran baru : Tony Pua mahu Dap pertimbang tawaran Muhyiddin

Tony Pua menongkah arus, mahukan tawaran PM dipertimbangkan

Ahli Parlimen Damansara Tony Pua menyenaraikan tiga alasan mengapa pembangkang patut mempertimbangkan cadangan kerangka kerjasama politik merentasi parti oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.



Selain mengekang pergelutan politik yang “membunuh” sektor kesihatan dan ekonomi negara, Pua berkata, tawaran ‘keamanan dan setiakawan’ daripada Muhyiddin berpotensi menghalang Ahli Parlimen Umno “kleptokrat” dilantik Perdana Menteri.

Tawaran Muhyiddin itu, katanya boleh mengelak pilihan raya umum di tengah-tengah wabak Covid-19.

“Jika ya, sudah semestinya sikap bertanggungjawab buat ahli politik adalah, sekurang-kurangnya melihat apa yang ditawarkan Muhyiddin,” katanya.

Antara tawaran dikemukakan Muhyiddin dalam siaran langsung di televisyen, hari ini, membabitkan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti politik, peningkatan dana siling Covid-19 berjumlah RM45 bilion kepada RM65 bilion melonjak kepada RM110 bilion, penambahan bantuan kepada golongan M40 dan pelantikan 50% dalam jawatkuasa pilihan khas Parlimen bagi pembangkang.



Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bipartisan di Parlimen dengan jumlah melebihi dua pertiga majoriti, kerajaan akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, untuk menghadkan mandat perdana menteri kepada dua kali sahaja (10 tahun maksimum), selain membentangkan Undang-Undang antilompat parti.

Bagaimanapun, cadangan berkenaan hanya dapat dilaksana sekiranya undi percaya terhadap Muhyiddin berjaya.

DAP yang dianggotai Pua tegas menolak tawaran itu bersama rakan komponen dalam Pakatan Harapan. Gabungan pembangkang itu menyifatkan tawaran Muhyiddin sebagai tidak ikhlas dan bertujuan menyelamatkan kerjaya politiknya.

Pua berkata meskipun tawaran Muhyiddin itu “cukup lewat,” beberapa tawarannya “sangat diperlukan negara”.



Beliau berkata, pihak pembangkang ketika ini berada dalam kedudukan unik kerana negara mempunyai kerajaan lemah yang memerlukan sokongan merentasi politik kepartian.

“Beberapa rakan seperjuangan saya berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) lemah dan terdesak, sebab itu mereka kemukakan tawaran berkenaan,” katanya.

“Ya, sekiranya mereka kuat, mengapa perlu mereka melakukan demikian? Dan sekiranya sememangnya lemah dan terdesak, bukankah itu masa sesuai untuk berunding dengan mereka?” FMT

Jajaran baru : Tony Pua mahu Dap pertimbang tawaran Muhyiddin




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker