Game Plan Terbaru Muhyiddin

Game Plan Terbaru Muhyiddin

KOMEN RINGKAS TERHADAP GAME PLAN TERBARU MUHYIDDIN

Perutusan PM sebentar tadi yang bertajuk “Bersama Memulihkan Negara” ada 42 items. Saya akan komen beberapa darinya.



Apa pun, game plan ini membuktikan surat Speaker bertarikh 9 Ogos 2021 adalah sahih. Masakan PM menawarkan kerjasama baru ini jika dia masih ada majoriti.

Ibarat sudah terhantuk baru tengadah, bolehkan PM membuat tawaran ini ketika kerajaan sudah tidak ada majoriti?

Banyak persoalan timbul. Ia menambah kesangsian terhadap kejujuran kerajaan.

Item 17. Namun, tiada seorang pun Ahli Dewan Rakyat membuktikan dia mendapat sokongan majoriti



KOMEN:

Serah sahaja kepada budi bicara YDP Agong untuk melantik Perdana Menteri caretaker.

Masa Muhyiddin dilantik PM ke 8, berapa kerusi PPBM? Dia jadi PM kerana ehsan UMNO dan PAS setelah diperkenankan oleh YDP Agong.

Item 18. Jika saya meletak jawatan pada masa ini, seluruh anggota Jemaah Menteri juga gugur.



KOMEN

Elok pun. Rakyat sudah tidak yakin dengan Kerajaan PN termasuk penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri. Biar Perdana Menteri caretaker menentukan bentuk kerajaan baru sebelum pilihanraya ke 15 diadakan.

Item 23. Kami sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN untuk lulus usul undi percaya kepada PM di Dewan Rakyat.

KOMEN



Baru sekarang mahu berunding bila sudah tidak ada majoriti? Ini timbulkan kesangsian. Samalah, pada hari MKT bermesyuarat untuk tarik sokongan kepada PM, tiba tiba Ismail Sabri dilantik jadi TPM.

Tetapi ia gagal memecah belahkan UMNO. Bahkan Muhyiddin terus kehilangan majoriti

Sebelum itu UMNO ditohmah mahu berkawan dengan Anwar dan DAP. Sekarang kenapa PM buat U-Turn.

Item 38. Saya tidak akan biarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera



KOMEN:

Rakyat juga tidak mahu Kerajaan PN yang gagal terus memerintah. Kamu terbukti gagal.

Masih lagi mahu bermain dengan naratif basi. Kalau begitu kenapa YB Xavier Jayakumar belum didakwa setelah keluar PKR dan sokong Kerajaan PN?

Item 40. Jika cadangan ini dipersetujui, saya akan panggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk bentang usul undi percaya kepada PM dalam masa terdekat.



KOMEN:

Kalau dipersetujui baru nak panggil sidang khas Parlimen dalam masa terdekat? Ini sah game plan untuk kekal berkuasa dan tidak mahu letak jawatan.

TERAKHIR: Ketua Pembangkang akan dinaik taraf sebagai Menteri Kanan.

KOMEN:

Apakah ini bukan scheme of thing untuk menggula gulakan pihak lawan. Ini adalah politiking tidak bermoral.

Berapa banyak lagi dana awam mahu dihabiskan. Semua lantikan bertaraf Menteri sebelum ini berfaedahkah? Apa kerja mereka?

Semoga negara tidak terus diheret dengan scheme of things dan pelanggaran perlembagaan untuk terus berkuasa.

PUAD ZARKASHI

Game Plan Terbaru Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker