COVID-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko

COVID-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan dos penggalak atau booster vaksin COVID-19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai tahap sistem kekebalan tubuh yang lemah selepas dua dos.

FDA mengubah garis panduan kelulusan kecemasan membolehkan individu yang menjalani pemindahan organ dan lemah sistem imuniti mendapatkan suntikan penggalak.



Panel penasihat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memilih untuk mencadangkan suntikan tambahan itu dan ia ditandatangani pada Jumaat.
Individu yang mempunyai sistem imuniti lemah akan mendapat dos tambahan itu secepat mungkin.

Percampuran vaksin mRNA dibenarkan untuk suntikan ketiga sekiranya vaksin asalnya tiada bekalan.

Menurut pegawai, pesakit tidak memerlukan preskripsi atau pemberitahuan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai imuniti lemah bagi mendapatkan dos ketiga.

Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat mengenai jangkitan COVID-19 terhadap golongan berisiko di AS susulan peningkatan ketara kes baharu akibat varian Delta.

Kumpulan rentan terdiri daripada kurang 3 peratus populasi dewasa AS.



Pemangku Pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock berkata perkara itu diputuskan selepas kajian menyeluruh terhadap data yang ada dan kumpulan berisiko ini dapat memperoleh manfaat daripada dos ketiga vaksin Pfizer atau Moderna.

Tambah Woodcock, individu lain yang telah diberikan vaksin sepenuhnya tidak memerlukan dos vaksin tambahan ketika ini.

COVID-19: FDA lulus dos ketiga vaksin kepada golongan berisiko


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli



Game Plan Terbaru Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker