Jemaah haji sempurnakan Tawaf Al-Qudum sebelum ke Mina

Jemaah haji sempurnakan Tawaf Al-Qudum sebelum ke Mina

MAKKAH: Ratusan ribu jemaah haji mula melaksanakan ibadah Tawaf Al-Qudum petang semalam sebelum bergerak ke Mina bagi menandakan permulaan ibadah haji hari ini yang juga dikenali sebagai Hari Tarwiyah.

Pihak berkuasa Saudi dan misi haji dari pelbagai negara telah menyelesaikan persiapan yang sangat besar dan pengaturan yang mudah dan sempurna, manakala jemaah dalam persiapan terakhir untuk berangkat ke kota khemah Mina pada permulaan perjalanan rohani.



Jalan di Makkah dibanjiri dengan khemah ribuan jemaah selepas Arab Saudi membenarkan ibadah haji tahun ini tanpa sebarang sekatan ke atas bilangan dan umur jemaah haji.

Jemaah haji yang tiba di Makkah semalam melakukan Tawaf Al-Qudoom, salah satu ibadah wajib haji, sebelum menuju ke kota khemah Mina yang luas. Jemaah haji yang tiba di Makkah lebih awal, membuat persiapan terakhir sebelum bergerak ke kota khemah petang semalam.

Selepas tiga tahun ziarah terhad, kota suci itu sekali lagi sesak dengan jemaah haji selepas kosong ketika pandemik COVID-19.

Jalan-jalan di sekitar Masjidil Haram dipenuhi dengan ribuan jemaah, yang bersolat di atas permaidani berwarna-warni di hadapan hotel dan kedai.



Jemaah dengan pakaian ihram putih melakukan tawaf di Kaabah. Ramai dalam kalangan mereka membawa payung untuk melindungi daripada terik matahari, manakala yang lain berdoa di atas lantai marmar putih yang berbau kasturi.

Trak bomba dengan warna kuning juga memenuhi seluruh kawasan Masjidil Haram dan anggota polis menyediakan pusat pemeriksaan dan melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Memetik laporan Saudi Gazette, pasukan keselamatan sentiasa bersedia termasuk menyiram air ke atas jemaah yang keletihan akibat kepanasan.

Di dalam Masjidil Haram, paramedik bersiap sedia di pelbagai lokasi, manakala sukarelawan muda menolak kerusi roda yang sedang beratur panjang bagi membantu warga emas dan orang sakit yang tidak dapat berjalan jauh.



Di sekeliling tempat suci itu, pekerja berpakaian hijau mengedarkan botol air sejuk, dan yang lain menyembur semburan menyegarkan daripada silinder yang diikat di belakang mereka. Ramai jemaah haji meletakkan nama dan bendera negara pada pakaian mereka. Jemaah Asia dan Afrika memakai abaya berwarna tersendiri.

Mulai petang semalam, jemaah haji bergerak beramai-ramai ke Mina, kira-kira lima kilometer dari Masjidil Haram, untuk menghabiskan Hari Tarwiyah di khemah masing-masing.

Jemaah menunaikan solat Zuhur, Asar dan Isyak di Mina pada waktu yang ditetapkan tetapi dalam bentuk yang dipendekkan. Solat Maghrib yang tidak boleh diqasarkan dilakukan seperti biasa.

Jemaah akan menghabiskan siang dan malam dengan berzikir dan berdoa di khemah masing-masing.



Selepas menunaikan solat Subuh esok, mereka mula meninggalkan Mina dan menuju ke Arafah untuk ritual ‘wukuf Arafat’, salah satu daripada empat rukun haji, yang menandakan puncak haji tahunan.

Lebih dua juta jemaah haji dijangka menunaikan haji tahun ini dan angka ini lebih dua kali ganda jumlah jemaah haji pada 2022 tetapi kurang daripada jumlah jemaah haji pada 2019.

Lebih 1.62 juta jemaah dari luar Arab Saudi telah pun tiba, menurut apa yang diumumkan pihak berkuasa Saudi pada petang Jumaat. Angka sebenar jemaah haji dari dalam Arab Saudi masih belum diumumkan.

Tahun lalu, seramai 926,000 jemaah menunaikan haji dan ini termasuk 781,000 dari luar negara, dua tahun selepas dihadkan kepada beberapa ribu jemaah domestik sahaja, disebabkan wabak COVID-19. Pada 2019, kira-kira 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan haji.



Semua kementerian dan agensi kerajaan dan swasta serta anggota keselamatan telah menyiapkan persiapan bagi membolehkan jemaah haji dapat menunaikan ibadat dengan tenang dan selesa.

Walaupun jumlah jemaah yang ramai menuju ke tapak suci dengan kenderaan dan berjalan kaki, ribuan pegawai dari pelbagai sayap keselamatan akan membuat susulan dan mengatur pergerakan jemaah melalui jalan raya, terowong dan jambatan.

Kementerian Kesihatan menyediakan 32 hospital dan 140 pusat kesihatan dengan segala kemudahan dan perkhidmatan bagi memanjangkan perkhidmatan perubatan yang terbaik untuk tetamu Allah di Makkah dan tapak suci Mina, Arafat dan Muzdalifah.

Pihak berkuasa menyediakan banyak kemudahan kesihatan dan klinik bergerak, melengkapkan ambulans, dan mengerahkan 32,000 paramedik untuk memenuhi keperluan jemaah haji. BH



Jemaah haji sempurnakan Tawaf Al-Qudum sebelum ke Mina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker