Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara – MetMalaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara – MetMalaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara - MetMalaysia
Foto hiasan. – NSTP/ Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di semua negeri hingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan amaran itu membabitkan keseluruhan Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Kedah, kawasan terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Sementara di Pulau Pinang, amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Timor Laut dan Barat Daya.

Bagi Perak, kawasan terjejas meliputi Larut Matang, Kerian, Selama, Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah, Hilir Perak dan Hulu Perak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belanjawan 2027 Perkukuh Pelancongan Sabah


Amaran sama dikeluarkan bagi Kelantan membabitkan kawasan terjejas Kuala Krai dan Jeli.

Selain itu di Pahang membabitkan Rompin dan Jerantut.

Di Selangor, kawasan terjejas Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Hulu Langat,

Sementara itu, di Sarawak amaran membabitkan kawasan Sri Aman (Lubok Antu).

Amaran di Sabah pula membabitkan kawasan Tawau (Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Labuk dan Sugut dan Paitan), Pantai Barat (Kota Belud dan Ranau) serta Kudat (Kota Marudu).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir


Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh negara – MetMalaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker