2 rentung kemalangan: Ibu sebak, terpaksa dipapah ketika tuntut jenazah

2 rentung kemalangan: Ibu sebak, terpaksa dipapah ketika tuntut jenazah

2 rentung kemalangan: Ibu sebak, terpaksa dipapah ketika tuntut jenazah
Hairul Aziah dipapah ahli keluarga ketika hadir untuk menuntut jenazah anaknya yang maut dalam kemalangan di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam. – NSTP/ Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa dipapah ketika menuntut jenazah anak perempuannya yang maut dalam kemalangan tragis di Batu 1, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini, semalam.

Siti Nurmaisarah Abd Jalil, 22, bersama sepupunya, Siti Nur Batrisya Mohd Khalid, 22, masing-masing maut apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori.

Terdahulu, Hairul Aziah Rahmad, 52, beberapa kali meluahkan hasrat untuk menatap wajah anaknya buat kali terakhir sebelum ditenangkan ahli keluarga.

Menurutnya, dia tiba lewat di lokasi kemalangan sehingga tidak sempat melihat wajah anaknya.

“Saya sampai di lokasi, tengok kereta sudah tinggal rangka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSNI, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belanjawan 2027 Perkukuh Pelancongan Sabah


Sementara itu, kakak ipar Hairul Aziah, Zahrah Suliman, 61, berkata dia sedang mencari rumah baharu untuk dibeli bagi membolehkan wanita itu dan abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) tinggal bersamanya.

Menurutnya, sejak ibu bapa Siti Nurmaisarah berpisah, arwah banyak menanggung keperluan harian keluarga berikutan keadaan kesihatan ibunya yang tidak mengizinkan.

“Dia seorang anak yang baik dan bekerja keras untuk membantu keluarga.

“Arwah bercadang tinggal bersama keluarga di rumah baharu apabila berkahwin nanti.

“Arwah sudah memberitahu mahu membawa kami tinggal bersamanya. Dia memang banyak membantu keluarga, termasuk menguruskan abangnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir


“Apakan daya, cita-cita arwah tidak kesampaian… itulah yang membuatkan kami sekeluarga sangat sedih,” katanya.

2 rentung kemalangan: Ibu sebak, terpaksa dipapah ketika tuntut jenazah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker