Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan

Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan

Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang memperuntukkan RM12.68 bilion kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, peruntukan itu merangkumi RM4.85 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM7.833 bilion untuk pembangunan, meningkat RM281.08 juta berbanding tahun 2026.

“Melalui peruntukan ini, KKDW akan terus komited dalam memperkukuh prasarana asas desa merangkumi jaringan jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan capaian internet,” katanya.

Menurut beliau, pembangunan turut memberi tumpuan kepada kesejahteraan masyarakat Orang Asli, pendidikan awal melalui KEMAS serta pemerkasaan ekosistem MARA bagi menyediakan latihan kemahiran dan membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada belia Bumiputera.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, komitmen memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut diteruskan menerusi peruntukan rentas kementerian sebanyak RM8 bilion bagi 2027, meningkat daripada RM7.9 bilion tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Cek RM231 Juta MYEG … Anthony Loke Perlu Beri Penjelasan


Katanya, peruntukan itu penting untuk memperluas latihan kemahiran, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan

Selain itu, kesiapsiagaan menghadapi bencana akan diperkukuh melalui projek tebatan banjir, penambahbaikan aset penyelamatan dan bantuan kepada mangsa bencana.

Beliau berkata, usaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta usahawan Bumiputera, memperluas pasaran industri halal dan merancakkan sektor pelancongan turut diberi perhatian, selain memperkukuh institusi pendidikan Islam termasuk tahfiz dan pondok.

“Semoga peruntukan ini dapat menjamin usaha Kerajaan khususnya KKDW dalam meneruskan agenda pembangunan desa, seterusnya merapatkan jurang kemudahan asas, memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat meningkatkan taraf kehidupan,” katanya.

Belanjawan 2027 bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ melibatkan keseluruhan peruntukan berjumlah RM461.8 bilion. – UMNO Online

Belanjawan 2027: Kepentingan Rakyat Terus Diutamakan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker