Remaja 16 tahun ditemukan lemas di Pantai Sepat
Remaja 16 tahun ditemukan lemas di Pantai Sepat

KUANTAN: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Pantai Sepat dekat sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Mohamad Raiyan Khairul Anuar, 16, ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan hilang.
Beliau berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 9.56 pagi.
“Berikutan itu, seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan tiba di tempat kejadian sebelum operasi mencari dan menyelamat dijalankan di pesisir pantai.
“Operasi itu turut mendapat bantuan daripada empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan dan BBP Pekan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Salahuddin berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Remaja 16 tahun ditemukan lemas di Pantai Sepat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Malaysia Biru: Momentum Peroleh Semula Mandat Rakyat Pada PRU ke-16
- UMNO Selangor Perhebat Penerangan, Sasar Rampas Kembali Pentadbiran Negeri
- Agenda Malaysia Biru Isyarat Kesiapsiagaan UMNO Hadapi Pilihan Raya – Azalina
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat
You must be logged in to post a comment.