Dua maut nahas lima kenderaan di Setiu: Pertemuan singkat jadi kenangan terakhir

Dua maut nahas lima kenderaan di Setiu: Pertemuan singkat jadi kenangan terakhir

Dua maut nahas lima kenderaan di Setiu: Pertemuan singkat jadi kenangan terakhir
Anggota mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Waja yang terbabit kemalangan di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Selamat, Setiu petang tadi. FOTO FB Info Bencana Terengganu

SETIU: Pertemuan singkat di stesen bas di Bandar Permaisuri, di sini tengah hari tadi menjadi kenangan terakhir buat Rosmawati Mamat, 51, bersama sepupunya Zawiah Halias yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Kampung Selamat, di sini, dua peniaga iaitu Zawiah, 41, dan rakannya, Nur Fauziah Ismail, 38, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Nahas berlaku selepas Proton Waja dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan empat lagi kenderaan lain di laluan berkenaan.

Rosmawati berkata, beliau sempat bertegur sapa dengan Allahyarham Zawiah ketika mereka kebetulan bertemu di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, dia menyedari sesuatu yang berbeza apabila sepupunya itu yang biasanya banyak bercakap kelihatan lebih pendiam ketika pertemuan berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belanjawan 2027 Perkukuh Pelancongan Sabah


“Biasanya arwah seorang yang peramah tetapi ketika berjumpa tengah hari itu, dia lebih banyak diam.
Saya tidak sangka itu menjadi pertemuan terakhir kami. Saya mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa arwah kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan anak,” katanya di Unit Forensik Hospital Setiu, di sini malam tadi.

Menurut Rosmawati, kejadian difahamkan berlaku ketika Allahyarham Zawiah dalam perjalanan ke pasar malam di Sungai Tong.

Katanya, Allahyarham mencari pendapatan sampingan dengan berniaga di pasar termasuk menjual takoyaki bersama Nur Fauziah.

Sementara itu, anak saudara arwah, Nurul Syazwina Mohd Suhaimi, 17, berkata, ibu saudaranya mempunyai tiga anak perempuan dan mereka sering bertanya khabar keluarga menerusi aplikasi WhatsApp.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Tidak Boleh Berdiam Diri, Kuasai Naratif Politik – Mahadhir


“Kami sekeluarga sangat terkejut dengan kejadian yang menimpa Allahyarham dan kini masih menunggu kepulangan ahli keluarga yang tinggal jauh sebelum urusan pengebumian dilakukan,” katanya.

Jenazah Zawiah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panchor Merah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd Zain berkata, mangsa yang menaiki Proton Waja dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu dan sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

“Ia mengakibatkan treler terbabit hilang kawalan dan bergesel dengan Perodua Aruz, Perodua Myvi dan sebuah lori yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu,” katanya.

Dua maut nahas lima kenderaan di Setiu: Pertemuan singkat jadi kenangan terakhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jelajah Mega Penerangan UMNO Bergerak Seiring Perkembangan Teknologi Maklumat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker