Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin



Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin

Pelakon, Aprena Manrose akur dengan ketentuan Tuhan apabila masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata sulung bersama suaminya, Mohd Afiq Hazman meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun.

Menurut Aprena, dia sentiasa positif dan percaya pada rezeki yang bakal dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya untuk bergelar seorang ibu kelak. Tambah Aprena, dia mengambil cuti panjang untuk berehat bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap usaha mendapatkan zuriat kerana kesibukan bekerja juga boleh menjadi salah satu faktor penyebab seseorang itu sukar mendapat cahaya mata.

“Buat masa sekarang saya sedang berehat dan mengambil cuti berlakon sebab mahu beri fokus pada usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Seperti yang semua orang tahu, saya sudah berkahwin selama enam tahun, namun belum ada rezeki dikurniakan zuriat. Jadi saya dan juga suami ambil keputusan untuk berehat sebentar dari kerja.”

Dalam pada itu, Aprena memberitahu dia tidak melakukan rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF) sebaliknya berusaha untuk hamil secara semula jadi memandangkan hasil pemeriksaan menunjukkan mereka berdua sihat.

“Kami tidak buat IVF pun. Cuma rehatkan badan. Sebab kalau perempuan terlalu penat bekerja, susah untuk ‘bersama’ dengan suami. Bila badan penat macam mana nak ‘buat anak’? Cuma belum rezeki lagi. Suami pun sarankan saya supaya berehat dahulu. Mungkin saya akan kembali bekerja pada bulan hadapan selepas beberapa bulan berehat. Itu pun saya tidak ambil ‘job’ terlalu banyak.”




Terdahulu, Aprena sebelum ini mengakui sedikit tertekan memikirkan soal cahaya mata selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, keadaan dirinya masih lagi terkawal dan belum pernah berdepan dengan tekanan emosi memikirkan soal tersebut. -KO

Pelakon Aprena Manrose Cuti Panjang Fokus Nak Dapatkan Zuriat Lepas 6 Tahun Kahwin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: