Setiap 5 Minit Budak Lelaki Ini Muntah, Doktor Buntu Tak Jumpa Penawar Sakit Misteri

Setiap 5 Minit Budak Lelaki Ini Muntah, Doktor Buntu Tak Jumpa Penawar Sakit Misteri

Begitulah kisahnya mengenai wanita ini yang tidak mampu melihat anak lelakinya menderita penyakit Cyclical Vomiting Syndrome (CVS).

Menurut Julie dari Edinburgh, anaknya Josh Wright, 13, akan muntah setiap lima minit, menyebabkan dia berada dalam keadaan yang sangat lemah.



Remaja itu kerap dimasukkan ke hospital kerana sering muntah darah dan tidak boleh bercakap kerana pengumpulan air liur,
lapor Daily Record.

Doktor gagal mengesan punca sindrom itu sekaligus menyebabkan Julie bimbang tentang masa depan anaknya.

Julie turut berharap dia suatu hari nanti akan sembuh daripada penyakit itu.

“Ia adalah keadaan yang jarang berlaku, jadi sangat sukar untuk mendapatkan diagnosis. Kami diberitahu bahawa tiada penawar.



“Dia telah mencuba pelbagai jenis ubat tetapi tiada apa yang berkesan. Rasanya tidak pernah berakhir. Dia sering bertanya, mengapa saya?

“Mengapa saya mempunyai penyakit ini dan kanak-kanak lain tidak? Saya dapat melihat kesedihan dalam matanya,” kata Julie.

Tambah wanita itu, mereka terpaksa berkomunikasi menggunakan telefon kerana anaknya sukar untuk bercakap secara normal.

“Dia mempunyai air liur yang berlebihan dan tidak boleh bercakap sehingga dua dua hari. Sampai tahap dia muntah darah.



“Semasa dia tidak boleh bercakap, kami akan menggunakan nota pada telefonnya untuk berkomunikasi dan dia akan menaip saya sedih,” ujar Julie lagi. – Daily Star.

Setiap 5 Minit Budak Lelaki Ini Muntah, Doktor Buntu Tak Jumpa Penawar Sakit Misteri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker