Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah

Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah

Pelajar di sebuah sekolah menengah mendakwa terpaksa berdepan pemeriksaan haid yang dijalankan di sekolahnya.

Insiden itu dikongsi oleh seorang pelajar yang tidak dinamakan kepada Ain Husniza Saiful Nizam, yang menyiarkan tangkap layar mesej itu di Twitternya.

Pelajar itu mendakwa bahawa pengawas sesi pagi sekolah akan menggunakan pen atau pensel untuk menjalankan pemeriksaan haid berkenaan.

Malah, menurutnya, pengawas wanita sesi petang meraba bahagian alat sulit pelajar dengan tangan.

“Student mengadu (kejadian) dekat cikgu, tetapi cikgu tuduh diorang fitnah pengawas, padahal ramai kot saksi.

“Paling tak boleh percaya cikgu yang cakap fitnah tu sendiri pun pernah raba student. Cikgu perempuan pun mana boleh raba, kan?” kata pelajar itu.

Kisah awal pemeriksaan haid didorong oleh perkongsian media sosial mengenai perkara itu dan sebaik sahaja artikel berita pertama diterbitkan, semakin ramai yang pernah berdepan situasi itu tampil untuk berkongsi cerita mereka.

Pelajar yang masih menuntut di sekolah dan mereka yang telah meninggalkan sekolah sehingga 20 tahun yang lalu melaporkan insiden pemeriksaan haid di mana mereka diberitahu untuk membuktikan secara fizikal mereka sedang haid.

Langkah-langkah itu termasuk menunjukkan tuala wanita mereka yang dibasahi darah, melakukan sapuan pada faraj mereka dengan sama ada putik kapas, tisu atau jari mereka, atau meminta guru, warden atau pengawas sekolah memeriksa mereka di pangkal paha untuk merasakan jika mereka memakai tuala wanita.

Dipercayai bahawa kejadian ini berlaku di sekolah berasrama penuh dan harian, serta di sekolah swasta.

Tiada kemas kini dari kementerian

Pencetus utama pemeriksaan seumpamanya ialah kerana guru menuntut “bukti haid” daripada pelajar wanita yang tidak menyertai solat berjemaah harian yang biasa diadakan.

Pada Jun 2021, Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata kementerian sedang dalam peringkat akhir membentuk jawatankuasa bebas untuk meneliti prosedur sedia ada yang menangani aduan mengenai amalan pemeriksaan haid di sekolah, serta perkara lain yang berkaitan.

Bagaimanapun, Radzi tidak menamakan individu dalam jawatankuasa itu ketika itu.

Dalam pekeliling bertarikh 2 Nov, ketua pengarah Kementerian Pendidikan mengakui “kementerian mendapati pemeriksaan fizikal khususnya berkaitan haid dalam kalangan pelajar perempuan telah berlaku di institusi pendidikan di bawah kementerian”.

Pada 17 Mac, ia didedahkan dalam respons bertulis parlimen oleh Radzi bahawa jawatankuasa khas itu telah ditubuhkan, terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang pendidikan, agama, psikologi dan undang-undang – yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman berkaitan gangguan seksual dan buli.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemas kini dibuat oleh kementerian sejak itu. Mk

Lagi pelajar dakwa berdepan pemeriksaan haid di sekolah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker