Trend sebar agenda ‘New Malaysia’ makin membimbangkan – PDRM

Serangan pihak tidak bertanggungjawab dalam menyuntik agenda baharu iaitu “New Malaysia” yang mampu mencetuskan konflik terbuka antara kaum melalui penggunaan media sosial semakin membimbangkan, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Zamri Yahya.

“Trend semasa penyalahgunaan media sosial semakin membimbangkan iaitu bagi penyebaran berita palsu, salah faham dan untuk mencapai pemutarbalikan kebenaran.

“Penyalahgunaan ini akan menyemai pemikiran baharu kepada orang ramai untuk menolak sistem sedia ada.



“Orang ramai semakin keliru dan jadi tidak menentu kerana maklumat telah diselewengkan sekali gus timbulkan kegusaran dan mengancam keharmonian negara,” katanya.

Zamri berkata demikian semasa menjadi panel jemputan bertajuk “Landskap Keselamatan Negara: Mendepani Cabaran Semasa & Akan Datang” pada Persidangan Keselamatan Negara 2022, di Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, serangan sedemikian amat berbahaya kerana boleh mengundang provokasi perkauman, keagamaan sekiranya tidak dikawal.

“Misalnya insiden di Puchong baru-baru ini di mana seorang individu dibelasah orang ramai susulan kenyataan dibuatnya yang menghina Nabi Muhammad SAW,” katanya.



Pada Ahad lepas, polis menahan seorang lelaki berumur 39 tahun yang disyaki menghina agama Islam di media sosial, di sebuah rumah di Puchong dekat Putrajaya.

– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker