Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi

Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi

Pengumuman Mustapa Mohamed bahawa kerajaan akan menangguhkan atau membatalkan terus projek-projek baru atau yang belum bermula adalah satu langkah sumbang jika dilaksanakan.

Apa akan jadi kepada industri pembinaan dan yang berkaitan dengannya sekiranya ia dilaksanakan?



Apa guna demi stabilkan harga barang tapi ekonomi berasaskan pembinaan jatuh merudum. Ramai yangbakan hilang pekerjaan. Banyak syarikat yang akan gulung tikar. Apakah kesan daripada ini semua?

Menteri seperti Mustapa Mohamed dan Tengku Zafrul perlu menjadi lebih bijak mengurus hal ekonomi dan kewangan negara dari mengeluarkan idea untuk batalkan semua projek.

Najib Razak juga telah menyuarakan tentang isu ini. Beliau berkata bila kita batal atau tangguhkan projek ianya akan perlu masa yang lebih lama untuk kerajaan hidupkan semula projek sekiranya perlu untuk merancakkan ekonomi apabila kita berdepan kemelesetan.

Masa itu kita akan terlambat bertindak.



Apa gunanya sekiranya harga barang terkawal tetapi ekonomi negara menjadi corot memandangkan negara bakal berdepan dengan kemelesetan ekonomi tak lama lagi?

Beliau menambah lagi jangan short-sighted. Nanti negara jatuh ke keadaan staglation (iaitu inflasi masih tinggi tapi ekonomi turut meleset) baru kita kesal.

Jangan lihat masalah di depan mata sahaja tetapi tak nampak cabaran yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Kerajaan perlu proaktif untuk bersedia menyelesaikan masalah masa depan dan bukan hanya reaktif untuk selesaikan masalah ketika ini sahaja.



Batal projek kerajaan bukan langkah bijak tangani isu ekonomi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker