Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel

Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel

SEORANG lelaki Britain maut manakala seorang wanita dipercayai pasangannya cedera parah selepas disyaki terlibat dengan aktiviti seks ganas di sebuah hotel mewah di Florence, Itali.

Lelaki Britain berusia 40 tahun yang meninggal dunia itu difahamkan mengalami sawan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti seks dengan pasangannya yang berusia 43 tahun



Sumber polis tempatan memberitahu MailOnline: “Pada masa ini kami sedang menyiasat dua teori iaitu aktiviti erotik yang salah atau berlaku keganasan domestik, tetapi kami syak ia merupakan aktiviti seks.”

Dalam kejadian itu, petugas hotel terpaksa memanggil bantuan kecemasan selepas menemui mangsa dalam keadaan mengerikan.

Paramedik bergegas ke Hotel Continentale yang bertaraf empat bintang di tengah Florence dan membawa wanita itu ke Hospital Careggi.



Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pasangan itu dilaporkan bekerja sebagai ejen hartanah dari kawasan Manchester.

Akhbar Itali La Nazione melaporkan “Antara hipotesis yang masih perlu disahkan oleh penyiasat ialah pergaduhan antara dua pelancong yang memuncak dengan keganasan.



“Namun, hipotesis aktiviti seks erotik yang berakhir dengan teruk tidak dikecualikan.”

Sewaktu kejadian, tetamu lain di hotel itu turut menghubungi petugas selepas mendengar bunyi jeritan serta hentaman kuat
dari bilik pasangan berkenaan. – Daily Star.

Akibat Seks Ganas Lelaki Umur 40 Tahun Alami Sawan Dan Meninggal Dunia Di Hotel

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker