Puteri Sarah Liyana saman netizen
Puteri Sarah Liyana saman netizen
Barangkali penat berdepan tohmahan dan penyebaran cerita palsu berkaitan kemelut rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah mengambil pendekatan tegas menghantar notis saman fitnah terhadap seorang netizen.
Tindakan tersebut dilakukan pelakon berusia 37 tahun itu selepas kerap menerima mesej berbentuk spekulasi dan fitnah daripada individu terbabit.
Puteri Sarah menerusi hantaran dalam Instagramnya berkongsi gambar notis saman fitnah yang dihantar kepada individu itu menerusi peguam yang dilantik, Natasha Basheer and Associates.
“Pengajaran kepada orang luar, jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang kalian lihat dan dengar tanpa bukti kukuh.
“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan keluarga sendiri,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan kepada seluruh netizen agar menyimpan sendiri tanggapan peribadi seandainya mereka ada sebarang pendapat terhadap orang lain.
“Jika awak ada pendapat sendiri tanpa mengira baik atau buruk, simpan sahaja untuk diri sendiri atau ceritalah dengan orang sekeliling awak sahaja. Terima kasih,” katanya lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik beberapa komen ditulis individu itu bagi merujuk kepada beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan susulan konflik rumah tangganya sebelum ini.
“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami dia ‘masyuk’ (kaya). Jadi apa-apa, penyondol lah yang dipersalahkan walaupun dia tahu suami dia yang menyondol,” tulis komen tersebut.
“Ini semua sebab suami dia kaya je. Sebab itu mati-mati pertahankan rumah tangga dia walaupun suami curang. Nak pusing cerita,” tulis komen lain.
Terdahulu pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agamas Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya untuk memerintahkan defendan (Ira) daripada berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya dalam mana-mana platform media sosial atau media.
Puteri Sarah berkata, tindakan itu diambil demi maruah yang sudah lama tercalar dan memperjuangkan haknya.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.
Puteri Sarah turut mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.
Ads by Kiosked
Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya. K Online
Puteri Sarah Liyana saman netizen
Baca Artikel Menarik:
- Anwar ulangi janji hancing, Rafizi macam budak kalah main guli
- Siti Nuramira dan teman berjaya dapat sumbangan RM40,000 untuk bayar wang ikat jamin
- Pilihanraya Umum ke-15: Ini 25 ujian sebenar
- Najib cabar Rafizi, “..buatlah laporan polis tak takut pun..”
- Najib bidas Rafizi, lemah tidak mampu sanggah fakta saya
- Kutip duit kertas dalam tandas, wanita alami lumpuh tubuh badan
- Percaya dirasuk syaitan, anak bunuh ibu guna tukul
- Influencer Umur 30 Tahun Ke Atas Dianggap Terlalu Tua, ‘Cantik Je Tak Cukup’..Diminta Jauhi TikTok
- Penduduk temui ikan gergasi terdampar selepas banjir
- Penjara Ini Dianggap ‘Neraka’ Dunia… Bau Busuk Lebih 1 Kilometer, Banduan Lapar Makan Manusia
- Kecoh dan panik di Klang, bas pekerja terbakar bergerak sendiri
- Polis Syak 30 Wanita Jadi Mangsa Pakar Bius Jijik Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit
- Lelaki hina Nabi Muhammad dan Islam sudah ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib