Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan

Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menahan ketua pegawai eksekutif dan pengarah syarikat bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) bernilai RM100 juta.

Kedua-dua mereka masing-masing wanita dan lelaki berusia 40 dan 41 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur, 1.30 tengah hari semalam.



Sumber berkata, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat direman empat hari bermula hari ini hingga 21 Julai.

“Seorang lagi suspek wanita dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil,” katanya.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan invois PenjanaKerjaya mengandungi butiran palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memperoleh bayaran bawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bernilai RM700,000 sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Katanya, operasi dan siasatan masih diteruskan serta tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Pada 14 Julai lalu, SPRM menahan 37 individu di beberapa negeri bagi membantu siasatan berkait isu tersebut dan tiga lagi individu ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes sama.

Setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Op Hire adalah seramai 42 individu. FMT

Kes seleweng dana PenjanaKerjaya RM100 juta: CEO, pengarah syarikat ditahan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hafal Al-Quran Sejak Umur 14 tahun, Personaliti Media Sosial Khaby Lame Paling Popular Di TikTok [VIDEO]



Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya

Inflasi : Anwar Ibrahim Pura-Pura Tidak Tahu Atau Sebaliknya – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker