Ombak besar ‘sergah’ majlis perkahwinan, tetamu cabut lari

Ombak besar secara tiba-tiba menghempas dinding penghadang dan membuatkan tetamu sebuah majlis perkahwinan melarikan diri. – Instagram

HONOLULU, Hawaii – Berpuluh-puluh tetamu sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di tepi pantai berdepan detik cemas apabila ombak besar menghempas lokasi acara tersebut, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Adegan dramatik itu berlaku di kelab Keauhou Kona Surf & Racquet di bandar Kailua, negeri Hawaii, Amerika Syarikat.

Rakaman video menunjukkan ombak bergelora sepanjang majlis yang diadakan di tepi pantai itu berlangsung.

Ombak yang pada mulanya kelihatan terkawal menjadi ganas secara tiba-tiba apabila ia menghempas dinding penghadang lalu menyebabkan para tetamu lari menyelamatkan diri.



Hanya dalam masa beberapa saat, majlis perkahwinan itu ditenggelami air dan semua perhiasan rosak.

“Tetamu berkata meskipun kejadian itu di luar jangkaan, namun perkahwinan itu masih indah. Apa yang penting tiada siapa kecederaan dilaporkan cuma kek sahaja yang menjadi ‘mangsa’,” demikian laporan media tempatan.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, pantai yang menghadap ke selatan berisiko mengalami ombak yang boleh memuncak pada ketinggian empat hingga enam meter sehingga Isnin depan. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker