Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok

Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok

Jika dilihat pada siri kegemaran ramai Upin & Ipin, walaupun masuk musim baharu mereka kekal comel dan tidak membesar. Dari situ, muncul sebuah lagu ‘kejam’ yang dinyanyikan oleh seorang pemilik akaun TikTok yang hanya mahu dikenali sebagai Nasi Goreng UFO.

Bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh budak ini sebenarnya benar belaka; Upin Ipin yang tidak membesar (dalam siri kartun), Kak Ros yang masih belum kahwin, Opah yang panjang umur dan keadaan kepala Upin Ipin yang botak. Cuma penyampaiannya jika didengar pasti ‘terasa hati’.



Pihak Les’ Copaque nampaknya perasan dengan lagu tersebut dan menerusi akaun rasmi Upin Ipin di TikTok berkongsikan video Upin Ipin berlari sambil menangis apabila mendengar lagu tersebut.

Rata-rata peminat tidak menyangka Les’ Copaque akan hasilkan video khas untuk bunyi tersebut dan mereka berpendapat ‘ejekan’ dalam lagu ini lebih ‘sakit’ daripada apa yang Fizi pernah ucapkan sebelum ini.

Pihak Les’ Copaque ternyata tidak melenting dengan lagu berkenaan dan melihat ia sebagai satu peluang untuk berkomunikasi dan mendekati para peminat.

Mungkin disebabkan lagu ini, akan ada episod Upin Ipin jadi remaja, mereka ada rambut dan Kak Ros berkahwin dengan jejaka idaman hati? Sama-sama kita nantikan. Vc



Les’ Copaque Kongsi Video Upin Ipin Menangis Bila Diejek Dengan Lagu ‘Kejam’ Di TikTok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker