Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal

Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal

Mengerikan. Begitulah situasi dialami seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur dan hampir putus selepas termasuk dalam rim motosikal berhadapan Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin, pagi tadi.

Dalam kejadian 7 pagi itu, dua anggota tentera lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke kem tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.



Ketua Polis Tampin Anuwal Ab Wahab, berkata sebaik tiba di hadapan Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin, Gemas, secara tiba-tiba baju panas milik mangsa yang juga pembonceng tersangkut pada gegancu motosikal.

Katanya, ini menyebabkan baju itu berbelit dan mangsa terjatuh sebelah kiri motosikal. Pada masa sama, tangan kirinya masuk ke dalam rim,” katanya menurut laporan Bernama.

Berikutan itu, katanya, mangsa parah di tangan kiri yang hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri, manakala rakannya, yang merupakan penunggang motosikal, tidak cedera.

Anuwal berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. FMT



Tangan kiri anggota tentera hancur, dikisar rim motosikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu



Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker