Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Viral di media sosial Facebook baru-baru ini mengenai beberapa hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Wendy Gwen menerusi Instagram Stories miliknya yang telah menarik perhatian dan menyentuh hati orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Wendy dan suaminya difahamkan sedang melakukan pembinaan kecil di belakang rumah mereka bagi menambahkan ruang.

Namun, wanita bukan beragama Islam itu tersentuh apabila melihat pekerja pembinaan yang bertugas telah menunaikan solat dengan beralaskan zink di tengah panas.

Terus menitik air mata saya, saya tak tahu kenapa, tenang hati saya nampak tukang tu.

Dalam pada itu, dia terkilan dengan diri sendiri kerana tidak peka dengan keperluan pekerja pembinaan tersebut.

Saya marah dengan diri saya, kenapa saya tak tanya dia Muslim ke tak, kenapa saya tak tanya awal-awal dia perlu tempat sembahyak ke tak?

Sejurus itu, Wendy terus memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya yang bertindak membelikan kanopi kecil serta tikar kecil bagi memudahkan urusan mereka untuk beribadah ketika bekerja.

Menurut Wendy, dia menganggap kejadian tersebut sebagai ‘teguran’ dari Tuhan untuk menguji tahap keimanan dirinya.

Walaupun berlainan agama, kadang-kadang teguran daripada Tuhan tu datang dengan cara yang kita tak jangka.

Tambahnya lagi, dia turut menitip pesanan buat orang ramai agar tidak menilai seseorang individu mengikut taraf sosial mereka dan setiap manusia perlu dilayan sama rata walaupun mereka kurang berkemampuan. BN

Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, kena sekali nak selalu

Wanita tertipu beli telefon murah online, dapat sebungkus garam [VIDEO]

Isteri ‘terkam’ kereta tangkap suami curang [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker