DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah

DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah

Awal minggu ini, media sosial menyaksikan perdebatan antara warga maya yang mempersoalkan hukum seseorang itu terlibat dalam perniagaan ‘cedok-cedok’ di TikTok.

Berikutan itu, segelintir pendakwah tampil memaklumkan bahawa hukum terlibat dalam perniagaan sedemikian rupa adalah haram kerana wujud unsur gharar ataupun tidak pasti.

Namun, bagi jutawan kosmetik terkenal negara, Datuk Seri Vida ataupun lebih dikenali sebagai DS Vida, dia menganggap trend perniagaan ‘cedok-cedok’ yang turut disertainya berbeza daripada peniaga lain.

Ditemui mStar Online, Vida berkata jual beli ‘cedok’ yang dilakukan di media sosial tidak meragukan malah memberi keuntungan kepada pelanggan.

Pada saya cedok-cedok ini yang kata gharar tu, pada saya punya sajalah kalau pelanggan beli, tidak akan merugikan dia.

Pelanggan saya takkan rugi melainkan akan untung sebab saya beri barang yang nilainya lebih dari apa yang dibayar dan lebih daripada apa yang saya tawarkan.
Advertisement

Jelas Vida, apa yang ‘dicedok’ akan diberi lebih dan menganggap ia sebagai ‘giveaway’ kepada peminatnya di luar sana.

Malah katanya lagi, urusan jual beli ‘cedok’ di bawah kendaliannya itu juga mempunyai unsur akad iaitu persetujuan antara kedua belah pihak.

“Pada saya niat dan saya akad, okay apa bagi ni setuju atau tak, dan saya bagi tu lebih daripada harga sebenar dan tiada istilah haram pada saya kerana bagi saya ia cedok yang patuh syariah” katanya lagi. Bn

DS Vida ‘Claim’ Jual Cedok-Cedok Miliknya Patuh Syariah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker