Satu jabatan polis letak jawatan

Satu jabatan polis letak jawatan

Washington: Keseluruhan pasukan polis Kenly di North Carolina, Amerika Syarikat meletak jawatan tanda protes terhadap pengurus bandar baharu dilantik yang didakwa mewujudkan “persekitaran kerja yang bermusuhan”.

Ketua Polis Kenly, Josh Gibson pengumuman peletakan jawatan itu di Facebook pada Khamis, malah memberitahu penolong pengurus bandar dan kerani kanan turut mengikut jejak beliau dan lima pegawainya.

“Saya menyerahkan notis dua minggu (peletakan jawatan) bersama seluruh jabatan,” kongsinya di Facebook yang dilapor New York Post.

Gibson berkata, pengurus bandar, Justine Jones yang dilantik Jun lalu membina persekitaran yang dirasakan beliau tidak mampu untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.

Berdasarkan salinan surat yang diperoleh WRAL, Gibson tujukan surat peletakan rasmi itu kepada Jones bersama alasan bahawa pasukannya tidak yakin dapat mencapai kemajuan seperti “perkembangan penting” yang dicapai ketika mendepani “turun naik” yang tidak menentu sebelum ini.

Sama ada dalam suratnya mahupun perkongsian di Facebook, Gibson tidak menyatakan secara spesifik perihal Jones sebagai penyebab utama mereka meletak jawatan.

Bagaimanapun, ketua polis itu memberitahu WRAL yang beliau sedia mempertimbangkan untuk kekal berkhidmat sekiranya Jones berundur.

Susulan perkembangan mengejutkan itu, bandar itu mengadakan mesyuarat tergempar tertutup, kelmarin.

Jones pula enggan mengulas perkara itu, sambil memberitahu WRAL bahawa beliau dalam posisi yang “bukan sewenangnya boleh bersuara mengenai masalah kakitangan.” HM

Satu jabatan polis letak jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker