Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis

Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis

Hati-hati dalam pemilihan sarung (casing) telefon bimbit kerana ia berisiko menyebabkan anda mengalami penyakit tendinitis.

Itu nasihat daripada pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin berkongsi risiko kepada pengguna yang menggunakan sarung telefon bimbit berat.



“Penyakit tendinitis ini adalah penyakit lenguh pergelangan tangan kerana memegang telefon bimbit terlalu lama.

“Mereka yang mengalaminya akan merasa kebas dan kaku walaupun sedang tidur serta tidak memegang telefon bimbit,” katanya menerusi penerangan pada video tersebut.

Beliau juga menceritakan ada pesakit datang bertemunya mengalami lenguh di tangan selain terjaga daripada tidur di waktu malam kerana merasa sakit di tangan.

“Tidak pernah jatuh dan kemalangan pada tangan tersebut. Setelah diperiksa, perkara yang kita sangka remeh sebenarnya bahaya iaitu sarung telefon,” ujarnya.



Sehubungan itu, Dr. Hannani menasihatkan pengguna supaya memilih sarung telefon yang ringan dan selesa untuk tangan atau menggunakan pemegang (stand) bagi penggunaan dalam tempoh lama. K Online

Casing telefon boleh sebabkan penyakit tendinitis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker