Malaysia negara ke-11 dunia paling banyak langgar data akaun

Malaysia negara ke-11 dunia paling banyak langgar data akaun

Malaysia menjadi negara ke-11 paling banyak melakukan pelanggaran akaun pada suku kedua 2022 (2Q22), berdasarkan analisis berjuta-juta akaun yang dilanggar dari bulan April hingga Jun, menurut syarikat keselamatan siber Surfshark.

Dalam satu kenyataannya itu, firma berkenaan berkata, lebih 665,200 pengguna Malaysia telah melakukan pelanggaran itu dalam tempoh tersebut, sementara sudah mempunyai 44.2 juta akaun yang dilanggar sejak 2004.

Surfshark berkata, Asia Timur mencatatkan peningkatan paling banyak dalam bilangan pengguna melakukan pelanggaran itu pada suku ke suku, dengan Jepun berkembang sebanyak 1,442%, China sebanyak 1,092%, Korea Selatan sebanyak 1,013% dan Malaysia sebanyak 733%.

Kemas kini bulanan terbaharu Surfshark menunjukkan keadaan pelanggaran data pada 2Q22, meletakkan Rusia pertama di dunia dengan akaun bocor (28.8 juta), diikuti oleh India (4.4 juta), China (3.4 juta), Brazil (3.2 juta), AS ( 2.3 juta), dan Korea Selatan (1.8 juta).

Penyelidik data Surfshark, Agneska Sablovskaja berkata, di Asia Tenggara, setiap individu kedua atau 64 daripada setiap 100 akan mengakibatkan pelanggaran data. ”Bagaimanapun, di Malaysia, jumlah ini meningkat kepada 138 bagi setiap 100 orang.

Mengikut statistik, rata-rata rakyat Malaysia melakukan pelanggaran data sekurang-kurangnya sekali,” katanya. Manakala pelanggaran pengguna global adalah 2% lebih tinggi pada 2Q22 berbanding suku terakhir, katanya.

Beliau berkata, pada 1Q22, 450 akaun dilanggar setiap minit. Pada 2Q22 pula, sebanyak 459 akaun telah dibocorkan setiap 60 saat. ”Pertumbuhan ini berlaku selepas salah satu suku yang paling kurang peristiwa dalam abad ini (1Q22) dari segi pelanggaran data.

“Trend di Malaysia juga tidak ada bezanya. Kadar pelanggaran adalah 733% lebih tinggi pada 2Q22 berbanding pada 1Q22, meningkat daripada satu kepada lima akaun yang dilanggar dalam seminit,” katanya. MG

Malaysia negara ke-11 dunia paling banyak langgar data akaun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker