Netizen ‘membawang’ tak pernah tak kelakar

Netizen ‘membawang’ tak pernah tak kelakar

RAKYAT Malaysia jarang tak kelakar. Lebih kelakar jika ia melibatkan ‘Jabatan Netizen Malaysia’. Apa sahaja isu, semua mereka komen dan siasat sehingga ke lubang cacing.

Terbaharu, kes seorang penceramah bebas yang ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.



Penat Merak Jalanan membaca komen netizen, namun tetap rasa terhibur. Masakan tidak, ada yang terus membuat andaian tentang ciri-ciri individu yang dikaitkan, malah ada pula yang meminta netizen lain mengemas kini komen sebaik sahaja mengetahui siapa yang dimaksudkan.

Bukan itu sahaja, ada juga kumpulan netizen yang secara berjemaah mengorek identiti individu tersebut dengan memberikan gambaran-gambaran tertentu.

Apa yang Merak Jalanan perhatikan, kumpulan netizen kini lebih mahir tentang etika laporan berita. Mereka tidak lagi menulis atau memberikan nama.

Mungkin mereka enggan terlibat dengan sabitan undang-undang kerana individu tersebut baru ditahan untuk siasatan, belum melalui proses pendakwaan.



Walaupun sebahagian besar kumpulan netizen kelihatan terhibur dengan komen-komen diberikan, namun di satu sudut lain, mungkin ada yang terlupa bahawa jenayah rogol bukanlah perkara yang boleh dipersendakan.

Sepatutnya reaksi kelakar dan jenaka tidak harus dipamerkan.

Jabatan netizen pantas mula buat ‘kerja’
Mungkin kita rasa kelakar sebab tidak kena batang hidung sendiri. Mungkin kita rasa kelakar sebab kita berinteraksi di dunia maya.

Situasi yang berlaku ibarat seorang nenek tua jatuh longkang. Kita tertawa melihatnya dan bukannya membantu nenek tersebut keluar dari longkang.



Seperkara lagi, jangan kerana ‘siasatan’ tidak bertauliah itu, kelak mengganggu siasatan pihak berkuasa dan akhirnya menyebabkan orang bersalah bebas, kita pula yang masuk ‘ke dalam’. Sinar

Netizen ‘membawang’ tak pernah tak kelakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker