Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail

Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail

SEREMBAN: Bangunan kilang baharu Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. (SDIEM) dengan pelaburan tambahan sebanyak RM7 bilion dijangka mampu menghasilkan 800 juta sel bateri setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan kilang fasa dua itu yang dijangka beroperasi pada 2025 bakal mewujudkan sebanyak 1,300 peluang pekerjaan kepada warga Malaysia.

“Pembangunan kilang baharu fasa 2 ini akan melibatkan tujuh bangunan baharu serta stesen sub tambahan elektrik 132 KV,” katanya menerusi rakaman video pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Fasa 2 Kilang Baharu Samsung SDIEM di sini hari ini.



Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Lee Chi Beom dan Ketua Pegawai Eksekutif SDIEM, Yoon Ho Choi.

Menurut Ismail Sabri, usaha Samsung SDIEM serta komitmen untuk memenuhi keperluan pasaran global bagi kegunaan kenderaan elektrik dunia menerusi kilang baharu itu adalah sesuatu yang membanggakan buat negara dan rakyat Malaysia secara amnya.

Beliau berkata, negara menghargai peranan yang dimainkan oleh Samsung dalam usaha membangunkan industri elektronik berasaskan teknologi hijau.

“Hal ini selaras matlamat negara dalam mencapai sifar karbon seawal 2050 seperti mana yang dinyatakan dalam strategi Rancangan Malaysia ke-12. Bagi Malaysia, industri ini adalah penting dari segi sumbangan kepada keseluruhan ekosistem Sel Bateri Kenderaan Elektrik (EV) yang komprehensif,” katanya.



Ismail Sabri berkata, Samsung merupakan salah satu syarikat elektronik terbesar di dunia dan jenama terkenal yang telah mula beroperasi di negara ini sejak 1990.

Ho Choi pula berkata, SDIEM akan memberikan komitmen terbaik bagi menjadikan syarikat itu sebagai pusat industri bateri global selaras dengan strategi pembangunan berfokuskan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG).

“Dijangka bermula 2024, bateri yang dihasilkan di barisan pengeluaran yang canggih dan inovatif akan digunakan dalam pelbagai peranti bermula daripada peralatan elektrik, mobiliti mikro sehinggalah kepada kenderaan elektrik. Kami akan menjadikan seluruh dunia bergerak di atas bateri Samsung SDIEM,” katanya. Utusan

Kilang Samsung (SDIEM) dengan pelaburan RM7b wujudkan 1,300 peluang pekerjaan baharu – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker