Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol

Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol

Penceramah ­bebas bergelar ustaz yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai berkenalan dengan mangsa menerusi media sosial sejak dua bulan lalu.

Hubungan bermula Mei lalu dikatakan bermula dengan pertanyaan mengenai permasalahan hukum agama susulan lelaki berusia 30-an itu ada membuat syarahan secara bersemuka dan menerusi media sosial termasuk saluran YouTube.



Penceramah bebas berkenaan dilaporkan telah berkahwin.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara penceramah dan remaja berkenaan bermula apabila mangsa dipercayai ada menghubungi lelaki itu di media sosial bagi bertanyakan masalah agama.

“Suspek adalah penceramah bebas yang turut memberikan ceramah di media sosial. Jadi, dari situ mereka mula mengenali satu sama lain dan perkenalan terjalin sejak Mei tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mengulas lanjut, Sasikala berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan bagi melihat sama ada wujud unsur ugutan dilakukan suspek terhadap mangsa susulan berlakunya beberapa hubungan intim sebelum ini.



Jelasnya, siasatan itu berikutan kejadian terkutuk berkenaan melibatkan berlainan lokasi termasuk di Perak dan Kuala Lumpur berdasarkan laporan dibuat mangsa.

“Lokasinya berbeza dan kita tidak tahu semasa berlaku di sana (dua buah lagi negeri) itu bagaimana (sama ada wujud ugutan). Kita masih merakam percakapan suspek.

“Siasatan juga masih dijalankan sama ada disebabkan perwatakan baik membuatkan mangsa percaya kepada suspek sehingga disyaki berlakunya kejadian berkenaan (rogol). Namun, suspek ini sudah berkahwin,” ujarnya.

Jelas beliau, setakat ini tiada laporan baharu diterima dari mana-mana mangsa yang lain dan pihaknya akan menggunakan tempoh reman lima hari sehingga Sabtu ini bagi melengkap­kan siasatan.



“Sejurus selesai kita serahkan suspek kepada Polis Perak susulan terdapat laporan di sana,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penceramah bebas dicekup Isnin lalu selepas disyaki merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Se­langor, kira-kira pukul 4.50 petang Isnin lalu selepas polis menerima laporan berkaitan kes rogol, Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. K Online



Penceramah bebas guna agama untuk perdaya mangsa rogol


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi



Resepi Durian Yang Wajib Cuba

Parcel Apa Yang Bergetar Tu? (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker