Pesakit Bengkak Di Bahagian Perut Atau Edema Meninggal Dunia

Pesakit Bengkak Di Bahagian Perut Atau Edema Meninggal Dunia

PELABUHAN KLANG: Seorang pesakit edema atau bengkak di bahagian perut, Ahmad Shahrul Nizam Nayan, 54, yang menetap di Telok Gong, di sini meninggal dunia pada Rabu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri di Facebook pada Rabu.



“Menerima berita sedih daripada waris keluarga Ahmad Shahrul Nizam yang pergi menghadap Sang Pencipta.

“Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini pernah menyiarkan kisah arwah Ahmad Shahrul Nizam terpaksa berhenti kerja di Pelabuhan Klang Utara akibat menghidap penyakit jantung pada tahun 2015, disusuli penyakit edema sejak tahun 2020.

Selain itu, penyakitnya bertambah buruk apabila berat badannya meningkat kepada 219 kilogram setakat September lalu.



Arwah juga pernah merayu kepada orang ramai yang ingin membantunya dalam bentuk kewangan mahupun perubatan kerana tidak dapat menampung kos rawatan yang semakin meningkat. -SH

Pesakit Bengkak Perut Atau Edema Meninggal Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tukang Rumah Solat Tengah Panas, Pasangan Bukan Islam Terus Belikan Kanopi

Resepi Durian Yang Wajib Cuba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker