Tanah Kubur Tutup Rezeki Kedai – DSV

Tanah Kubur Tutup Rezeki Kedai – DSV

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebelum ini mendedahkan berita yang mengejutkan mengenai keadaan kedai anak perempuannya iaitu Cik B Boba Lova yang tidak dikunjungi pelanggan kerana telah ‘dihalang’ secara ghaib dari pandangan orang ramai.

Terkini, DSV mendedahkan bahawa seorang ustaz mengesyaki ada indvidu yang tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan ‘ilmu tanah kubur’ untuk menganggu perniagaan anak perempuan DSV.



“Saya syak macam orang pakai ilmu tanah kubur pun ada. Macam-macam la. Tapi takpe kita ikhtiar je.”-Kata Ustaz

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka malah ada yang menitipkan doa agar DSV kekal tabah menghadapi ujian.

“Tapi boba memang bukan musim dah pun. Kalau tak kena mandrem pun memang orang dah taknak minum. Tukar je ke business lain atau product makanan/minuman lain.”



“Pasni boleh kurangkan menunjuk.”

“Faktanya gerai Cik B adalah makanan bermusim. Corndog, boba, salt egg, salmon skin, dory skin dan seangkatan dengannya.”

“Sabar je la Dato..Semoga orang yang dengki tu dapat balasan..”

“Allahu moga dipermudahkan tapi sepatutnya dato tak perlu masukkan dalam ig ni, nanti ada yang tau la dato dah cuci. Pastu dia hantar lagi.”



Datuk Seri Vida sebelum ini pernah memuatnaik video di saluran Youtube nya, yang menceritakan bahawa sihir yang dilakukan terhadap kedai Cik B adalah kerana angkara hasad dengki orang terhadapnya. Mr

Tanah Kubur Tutup Rezeki Kedai – DSV


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur



MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker