Punca perceraian Afdlin Shauki didedah bekas isteri

Punca perceraian Afdlin Shauki didedah bekas isteri

Punca perceraian Afdlin Shauki didedah bekas isteri
Datuk Afdlin Shauki berkongsi wajah serta personaliti isterinya Datin Maria Christina Orow.

Memang agak jarang pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki berkongsi wajah serta personaliti isterinya Datin Maria Christina Orow. Namun siapa sangka, identiti isteri pelawak popular ini terungkap selepas dia mendedahkan sudah bercerai dengan Afdlin sejak bulan Ramadan yang lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh Kosmo, kemelut rumahtangga pasangan ini sudah bermula sejak tempoh pandemik sebelum masing-masing membuat keputusan bercerai pada April lalu.

“Hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-25 kami. Saya dan Afdlin membuat keputusan bahawa kami akhirnya telah bercerai pada April lalu.

“Keputusan yang dibuat agak pantas. Mungkin kerana tidak dapat dielakkan. Kami tidak melihat perceraian ini sebagai musuh atau pengakhiran kepada hubungan kami.


Baca Artikel Menarik:


“Saya mengumumkan perkara ini sekarang kerana bulan ini (Julai) sudah cukup tempoh edah saya selama tiga bulan,” katanya kepada Kosmo.

Maria berkongsi, sewaktu pandemik merupakan tempoh paling sukar sehinggakan kebahagian yang dikecapi sebelum ini makin pudar dengan tercetusnya salah faham, sekaligus menjadi punca keretakan dalam rumah tangganya. Walaubagaimanapun, selepas mereka berdua membawa haluan masing-masing, pasangan itu berjanji tetap menyokong antara satu sama lain sebagai seorang sahabat demi anak-anak.

Sekadar info, Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan tiga orang cahaya kata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Mr

Punca perceraian Afdlin Shauki didedah bekas isteri

Punca perceraian Afdlin Shauki didedah bekas isteri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker