Tikam belakang, tutup pintu rakan tinggalkan BN – Tok Mat

Tikam belakang, tutup pintu rakan tinggalkan BN – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menutup pintu terhadap bekas rakan sekutunya, sambil menyatakan agar “tidak membuang masanya” untuk kembali dalam gabungan itu semula.

Beliau turut menyelar bekas parti komponen BN, Gerakan, yang meninggalkan gabungan berkenaan selepas BN tumpas pada pilihan raya umum 2018, ketika parti itu hilang tampuk kekuasaan di kerajaan pusat.



“Tak sampai satu bulan kita kalah, rakan kita melarikan diri. Rakan yang kita dukung selama ini di Pulau Pinang. Tetapi, mereka menikam kita dan melarikan diri,” katanya pada pelancaran jentera Barisan Nasional Pulau Pinang, di sini.

Walaupun beliau tidak secara langsung menyebut Gerakan, parti yang menerajui kerajaan BN negeri bermula 1970 hingga 2008, sebelum tumpas kepada Pakatan Harapan (PH) di mana DAP menerajui kerajaan Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum 2018, Gerakan tewas di semua kerusi ditandingi dan meninggalkan gabungan itu. Pada tahun terbabit, 31 Ahli Parlimen Umno menyertai Bersatu yang ketika itu diketuai Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata sejak daripada itu kedua-dua parti tidak lagi sehaluan selepas kejadian “tikam belakang” dengan parti berkenaan tidak mampu memperaga prestasi baik pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor, sehingga ke tahap calon ditampilkan hilang deposit.



“Hari ini di mana mereka? Seperti melukut di tepi gantang. takde apa-apa!” katanya kepada lebih 1,300 ahli BN.

Mohamad berkata, beliau didekati ahli Bersatu yang ingin kembali bersama Umno dan BN.

“Jawab saya..jangan buang masa saya. Umno dan BN akan terus pergi berseorangan. Maka selamat tinggallah kepada rakan-rakan yang mengkhianati kita. Kita tidak mahu lagi bersangkut kaki,” katanya. FMT

Tikam belakang, tutup pintu rakan tinggalkan BN – Tok Mat




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker