Ismail PM jaga kerajaan, Zahid Presiden jaga parti, tiada syak wasangka

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap tiada sebarang timbul syak wasangka sesama ahli parti sebaliknya masing-masing perlu memainkan peranan sebagai penyatu dalam parti.

Beliau berkata, ia supaya ahli terus bersatu padu mengorak langkah ke depan bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Lebih baik kita jadi harmoni untuk pastikan dalaman parti kita kuat.

“Kita hadapi pilihan raya bersama-sama. Kita terjemahkan semangat kebersamaan dalam parti kita,” katanya memetik laporan UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda BN Alor Gajah di Selandar pada Sabtu.

Program ini dilaksanakan untuk menerangkan gerak kerja komunikasi kepada jentera parti dan menerangkan isu-isu semasa menuju PRU15.

Tambah Shahril, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Presiden UMNO yang menang dipilih dalam parti dan perlu pertahankan.

“Naib Presiden kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang bawa imej sama iaitu imej BN.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan menjaga parti manakala Datuk Seri Ismail Sabri akan menjaga kerajaan.

“Dua-dua gerak bersama untuk kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker