Lelaki rompak, bakar kedai ditahan

RAUB: Seorang lelaki yang disyaki merompak dan membakar kedai runcit di Felda Tersang 1, di sini Sabtu lalu ditahan polis di kawasan ladang kelapa sawit Felda Sungai Koyan, Lipis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, hasil maklumat orang awam, suspek berusia 50 tahun dan tidak bekerja berjaya ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan Balai Polis Cheroh dengan bantuan Cawangan Jenayah Berat (D9) IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang pada jam 7.15 malam.

“Ketika tangkapan dibuat, suspek telah bertindak agresif dan berlaku pergelutan di antara suspek dan pihak polis.



“Susulan daripada itu polis turut menemukan sebuah beg warna hitam tertulis waterproof, wang tunai RM1,420, seutas gelang tangan emas berloceng, dua utas gelang tangan emas, dua unit pemetik api jenama Aladdin dan satu pemetik api jenama Cricket,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 10 rekod kesalahan dadah dan empat rekod kesalahan jenayah.

“Soal siasat awal ke atas suspek mendapati dia mengaku bertindak bersendirian melakukan rompakan hingga mendatangkan kecederaan serta khianat dengan api.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub untuk permohonan reman,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lalu di Kedai Mara Felda Tersang 1, seorang pembantu kedai warga Indonesia dipukul, dirompak sebelum kedai di bakar.



Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan Nur Hasanah, 43, mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Mangsa mengatakan antara jam 1 hingga 2 pagi, terdapat seorang lelaki bertopeng memanjat bumbung dan masuk ke dalam kedai sebelum bertindak menyerangnya dengan menggunakan sebatang besi hingga menyebabkan kecederaan.
Suspek kemudiannya melarikan wang tunai sebanyak RM1,700 yang berada di kaunter kedai dan dua utas gelang emas milik mangsa.

Mangsa diikat di tangan menggunakan pita pelekat dan melihat suspek bertindak membakar kedai. Mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker