Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan



Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan

SHAH ALAM: Polis sedang mengesan pemandu bersama kenderaan dipercayai melanggar seorang wanita hingga maut di Kilometer (KM) 7 Lebuh Raya Persekutuan, kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 33 tahun dipercayai sedang berjalan kaki dan melintas jalan ketika dilanggar kenderaan belum dipastikan yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang.

“Mangsa yang berpakaian warna hitam disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat BSPT, IPD Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami melalui talian 011-31215697 bagi membantu siasatan,” katanya. BH

Wanita maut dilanggar di lebuh raya, polis cari pemandu dan kenderaan


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Leave a Reply

Your email address will not be published.