‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis

‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggesa polis agar tidak mengganggu seorang aktivis alam sekitar selepas beliau dipanggil untuk disoal siasat kerana didakwa menghina pemangku raja Pahang itu dalam catatan Twitter yang kini telah dipadam.

Di Instagram, Tengku Hassanal berkongsi artikel The Vibes berhubung isu tersebut sambil memberitahu bahawa baginda baru sahaja mengetahui perkara itu.

“Saya telah minta polis untuk tidak ganggu (aktivis itu). Tolong jangan reka drama,” katanya.

The Vibes melaporkan bahawa pada 18 Julai, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang Noor Jehan Abu Bakar mendakwa di Twitter bahawa Tengku Hassanal dan pegawai berpangkat tinggi lain lewat dua jam untuk Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, sebuah acara menanam pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu.

Ciapannya mendapat reaksi balas dengan beberapa pihak menuduhnya cuba mencemarkan nama baik Tengku Hassanal dan penganjur acara tersebut, Tenaga Nasional Bhd dan Majlis Bandaraya Kuantan.

Memohon maaf atas kelewatannya hadir di acara tersebut, Tengku Hassanal berkata, baginda tidak sihat pagi itu kerana “baru pulih daripada demam”, yang dijelaskannya bukan kerana Covid-19. FMT

‘Jangan reka drama’, Tengku Hassanal minta polis tak ganggu aktivis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker