Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google

Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk menafikan dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan Nicole Shanahan, isteri kepada pengasas bersama Google, Sergey Brin.

Komen itu dibuat Musk selepas Wall Street Journal melaporkan bahawa persahabatannya dengan Brin berakhir ekoran dakwaan hubungan sulit itu.



Menerusi komen balas kepada pautan laporan yang disiarkan di Twitter, Musk merujuk laporan itu sebagai “total bs”.

Musk turut menegaskan bahawa dia masih berkawan dengan Brin dan mereka telah bersama dalam sebuah parti pada Ahad malam.

Memetik individu yang rapat berhubung isu itu, Wall Street Journal melaporkan bahawa Musk terlibat dalam hubungan sulit dengan Shanahan sejak lewat tahun lalu.



Ini mendorong Brin memfailkan perceraian pada awal tahun ini sekali gus menamatkan persahabatan yang lama terjalin antara dua jutawan teknologi berprofil tinggi itu, lapor akhbar itu.

“Saya hanya melihat Nicole dua kali dalam tiga tahun, kedua-dua kali dengan ramai orang lain di sekeliling. Tiada apa-apa yang romantis,” kata Musk menerusi Twitter beliau.

Ketika hubungan sulit yang didakwa berlaku pada Disember tahun lalu itu, Brin dan isterinya telah berpisah namun masih tinggal bersama, lapor Wall Street Journal sebagai memetik seseorang yang rapat dengan Shanahan.

Dalam tweet yang berasingan, Musk berkata “WSJ [Wall Street Journal] telah menjalankan begitu banyak BS hit pada saya dan Tesla saya tak boleh nak kira.”



Walaupun mereka mempunyai perjanjian pra-pernikahan, Brin dan Shanahan kini sedang merundingkan penyelesaian perceraian yang boleh mencecah AS$1 bilion, kata akhbar itu.

Elon Musk Nafi Jalin Hubungan Sulit Dengan Nicole Shanahan Isteri Pengasas Bersama Google

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker