Polis buru pemandu kereta lolos ketika dikejar

Polis buru pemandu kereta lolos ketika dikejar

LANGKAWI – Polis sedang memburu pemandu kereta yang meloloskan diri dalam kejadian di Kuah di sini pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian berlaku selepas anggotanya yang melakukan rondaan ternampak sebuah kereta jenis Honda Civic warna putih dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan pemandu tersebut untuk berhenti tetapi dia enggan memberikan kerjasama.

“Pemandu itu bertindak memecut laju kereta menghala ke Kampung Padang Lalang, Kuah sebelum membuat pusingan di sekitar Kuah sebelum lolos,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dua klip video berdurasi sembilan dan 20 saat di Facebook Langkawi Hari Ini (LHI) memaparkan sebuah kereta Honda Civic dikejar kereta peronda polis. K Online

Polis buru pemandu kereta lolos ketika dikejar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker