Hannah Mumtazah graduan akaun kelapan terbaik dunia

Hannah Mumtazah graduan akaun kelapan terbaik dunia

SHAH ALAM – Penuntut Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi melakar sejarah tersendiri apabila menjadi graduan akaun kelapan terbaik dunia dan ketiga di Malaysia, baru-baru ini.

Kejayaan wanita berusia 22 tahun itu diperoleh hasil keputusan cemerlang dalam peperiksaan antarabangsa The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom (UK), bulan lalu.



Hannah Mumtazah berkata, dia bersyukur menerima pengiktirafan itu selepas bersaing dengan 3,877 graduan di seluruh dunia dan 500 graduan di negara ini.

Kata anak sulung daripada dua beradik itu, kejayaan berkenaan tidak dapat dikecapi tanpa sokongan ibu bapa dan rakan selain komitmen tinggi pensyarah fakulti.

“Saya sentiasa kekal konsisten supaya tidak ketinggalan dan merujuk kepada pensyarah untuk menerima maklum balas dalam hal peperiksaan atau latihan kelas.

“Perkara itu harus diutamakan kerana ia ruang untuk penambahbaikan dan pemahaman saya bagi sesuatu subjek yang dipelajari,” katanya ketika ditemui hari ini.



Tambah Hannah Mumtazah, dia berharap mendapat pekerjaan yang boleh merealisasikan cita-citanya menjadi akauntan bertauliah. K Online

Hannah Mumtazah graduan akaun kelapan terbaik dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker