UDA terima RM100 juta bangun pusat komersial, bantu usahawan Bumiputera – Ismail

UDA terima RM100 juta bangun pusat komersial, bantu usahawan Bumiputera – Ismail

Kerajaan mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada UDA Holdings Berhad (UDA) bagi membangunkan pusat komersial dan membantu usahawan Bumiputera mendapatkan ruang perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata beliau juga akan menyemak semula pengurusan pusat beli belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan syarikat tempatan agar peniaga Bumiputera dapat menjalankan perniagaan mereka di situ.



Justeru, beliau menyeru UDA dapat menjual atau menyewakan ruang-ruang perniagaan yang sedia ada pada kadar yang mampu ditanggung usahawan Bumiputera yang berpotensi mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini untuk membolehkan usahawan Bumiputera berniaga dalam suasana yang lebih selesa dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan status mereka sebagai usahawan berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun UDA Ke-50 ‘Bersama Meneruskan Legasi’ di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Halim.



Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, status sosioekonomi Bumiputera masih di tahap rendah dan penglibatan usahawan Bumiputera perlu dipertingkatkan, bukan lagi di sektor informal tetapi sektor formal seperti menjalankan perniagaan di pusat beli belah yang disasarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Justeru, UDA perlu menggandakan penglibatannya dalam sektor perniagaan dan hartanah bagi merancakkan semula ekonomi khususnya dalam membantu usahawan Bumiputera untuk terus maju.

“Kerajaan juga sentiasa komited dalam memperkasakan Bumiputera dengan peruntukan sebanyak RM11.4 bilion dalam Bajet 2022,” katanya lagi.
Awani

UDA terima RM100 juta bangun pusat komersial, bantu usahawan Bumiputera – Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker