Mayat berbungkus ditemui di Lojing

Mayat berbungkus ditemui di Lojing

Mayat seorang lelaki disyaki warga asing ditemui dalam keadaan berbungkus di kawasan semak tempat letak kereta kolam air panas Lojing, Gua Musang, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata, berdasarkan laporan diterima siasatan awal mendapati mayat tersebut dibungkus dengan selimut dan diikat menggunakan tali.

Menurutnya, siasatan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah ke atas mayat tersebut.

“Bedah siasatan telah dijalankan semalam di Hospital Gua Musang mendapati si mati yang tidak mempunyai identiti itu berusia dalam lingkungan 20an serta tanpa suntikan BCG (bacille calmatte-guerin).

“Mayat ini disyaki warga asing berdasarkan tatu dan tanpa suntikan BCG. Pemeriksaan oleh pegawai perubahan juga mengesahkan tiada kesan kecederaan dialami pada badan si mati.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Malasyiakini, hari ini.

Sehubungan itu Choonn Foo berkata, pihak polis mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut dan menghubungi pihak polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan. Mk

Mayat berbungkus ditemui di Lojing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker