Peguam baharu Najib mohon tangguh tarikh dengar rayuan akhir SRC

Peguam baharu Najib mohon tangguh tarikh dengar rayuan akhir SRC

Peguam baharu Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan menangguhkan pendengaran rayuan terakhirnya terhadap sabitan kes SRC International di mahkamah itu, yang dijadualkan bermula 15 Ogos ini.

Firma guaman Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners berkata, ia susulan pertukaran peguam yang mewakili Najib.



“Kami dengan rendah hati memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan atau pengurusan kes dengan segera untuk membolehkan peguam memberi dan mengemas kini serta mendapatkan arahan lanjut dari mahkamah.”

Firma guaman itu meminta mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 29 Julai ini.

Hari ini, peguam terdahulu Najib dari Shafee & Co memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa bekas perdana menteri itu sudah melantik pasukan pembelaan baharu.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Peguam baharu Najib mohon tangguh tarikh dengar rayuan akhir SRC


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Situasi Seram Pekerja 7-Eleven Syif Malam (Video)



Wany Hasrita labuhkan tudung ikut syarat suami

Fazura tangkap suami dengan gadis lain? (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker