Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu

Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu

GARA-GARA menawarkan harga ayam segar serendah RM0.88 sekilogram, ST Rosyam Mart di Sungai Buloh ‘diserbu’ kira-kira 5,000 pengguna sejurus pintu pasar raya itu dibuka pukul 9 pagi ini.

Malahan orang ramai sudah mula beratur di hadapan premis tersebut sejak awal pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang berbelanja di pasar raya milik pelakon, pengarah dan penerbit drama, Datuk Rosyam Nor.



ST Rosyam Mart di Sungai Buloh itu merupakan cawangan kelima pasar raya tersebut dan mula dibuka pada hari ini.

Bagi menghargai sumbangan pelanggannya, Rosyam Mart menawarkan jualan ayam serendah RM0.88 sekilogram, menyebabkan pelanggan berpusu-pusu untuk merebut tawaran tersebut.

Rosyam berkata, bukan sahaja ayam segar yang dijual pada harga RM0.88 tetapi juga beberapa barangan lain yang akan berterusan sehingga 31 Julai ini.

“Inilah sumbangan saya apabila anda menyokong saya menjadi Rosyam Nor hari ini. Saya buka pasar raya lima bintang dengan harga borong,” katanya ketika ditemui pada hari pertama pembukaan ST Rosyam Mart di Sungai Buloh, hari ini.



Rosyam berkata, pihaknya menjangkakan seramai 50,000 orang akan mengunjungi pasar raya tersebut hari ini.

Seorang Mohd Ashraf berkata, dia dan isterinya sudah beratur sejak pukul 8 pagi untuk membeli barangan keperluan di pasar raya tersebut.

“Dah lama saya nampak bangunan pasar raya ini dalam pembinaan dan maklumat mengenai pembukaannya saya peroleh menerusi media sosial ST Rosyam Mart.

“Saya beratur sejak 8 pagi, sekarang dah pukul 11 pagi belum dapat masuk ini tapi kami tetap sabar menunggu,” katanya. E9



Ayam segar RM0.88, Rosyam Mart Sungai Buloh kena serbu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman



Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker