PM umum dana RM100 juta kepada UDA bangunkan pusat komersial

Kerajaan menyalurkan dana sebanyak RM100 juta kepada UDA Holdings Berhad (UDA) bagi membangunkan pusat komersial sekali gus membantu usahawan bumiputera mendapatkan ruang perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat supaya UDA dapat menggandakan penglibatan dalam sektor perniagaan dan hartanah bagi merancakkan semula ekonomi.

“Saya menyambut baik penglibatan UDA dalam industri pelancongan, perniagaan dan pembangunan hartanah wakaf.



“Bagi membantu UDA terus membangun, saya mengumumkan dana sejumlah RM 100 juta untuk maksud ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun UDA ke-50 di Hotel One World, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan turut menyemak semula pengurusan pusat beli-belah yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya diuruskan oleh syarikat tempatan.

“Justeru, saya menyeru agar UDA dapat menjual atau menyewakan ruang-ruang perniagaan sedia ada pada kadar mampu ditanggung oleh usahawan bumiputera.

“Ini untuk membolehkan para usahawan berniaga dalam suasana yang lebih sesuai secara tidak langsung dapat meningkatkan status mereka sebagai usahawan berjaya,” ujarnya.



Pada masa sama, Ismail Sabri turut merasmikan Sambutan Ulang Tahun UDA Ke-50 dan pelancaran ‘Buku UDA 50 Tahun, Bersama Meneruskan Legasi’ serta penjenamaan baharu UDA ‘LIFE’.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker