Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib

Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib

HASRAT kerajaan mahu memansuhkan subsidi bahan api pukal untuk memperkenalkan subsidi petrol bersasar boleh memberi kesan kepada kadar inflasi yang lebih tinggi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak bersetuju dengan cadangan itu berkata, ini kerana ketika harga minyak dunia adalah tinggi.

Beliau berkata, pemansuhan subsidi minyak untuk beralih ke sistem subsidi bersasar tidak boleh dibuat kerana ia memburukkan lagi kadar inflasi manakala pasaran domestik menjadi huru-hara.

“Kerajaan tidak boleh asyik sebut nak mansuhkan subsidi pukal sebab hanya sebut sahaja akan membawa kepada inflasi lebih teruk.

“Jangan ‘syiok’ sendiri dan asyik sebut-sebut dan menakutkan pasaran serta pengguna.

“Beritahu pasaran bahawa kerajaan tidak akan berbuat demikian dalam tahun ini dan hanya akan dilaksanakan apabila kadar inflasi turun semula dan terkawal,” katanya hari ini.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan mungkin akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah sejak 26 April lalu.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, kerajaan tidak patut memperkenalkan perubahan besar kepada dasar-dasar ekonomi yang akan mengejutkan pasaran pada ketika jangkaan inflasi masih tinggi.

“Ini adalah sebab jangkaan bahawa kadar inflasi akan lebih tinggi akan benar-benar membawa kepada kadar inflasi yang lebih tinggi.

“The expectation of inflation will lead to inflation (Jangkaan inflasi akan membawa kepada inflasi). Ianya adalah satu self-fulfilling prophecy (ramalan).

“Ini ialah kerana apabila peniaga tetapkan harga barang bagi bulan-bulan mendatang pada hari ini, mereka akan naikkan harga sekiranya peniaga jangka atau ramal inflasi akan tinggi,” katanya.

Najib menjelaskan, beliau bukanlah fans (penggemar) subsidi pukal kerana ia membawa kepada pembaziran, penyeludupan besar-besaran, kesesakan trafik dan tidak menggalak pengguna beralih ke kereta elektrik ataupun kereta jenis penjimatan tenaga.

Malah menurut beliau, golongan yang akan lebih mendapat manfaat daripada pemansuhan subsidi pukal itu adalah golongan T20 dan bukan B40 dan M40.

Najib turut memberikan gambaran perbezaan tindakan memansuhkan subsidi pukal yang pernah dilakukan semasa menerajui Kerajaan suatu masa dulu.

“Kerajaan BN semasa saya PM pernah memansuhkan subsidi pukal pada bulan November 2014 untuk beralih ke pemberian wang tunai secara terus kepada golongan bersasar, terutamanya bagi diesel yang memberi impak kepada kos pengangkutan barang-barang.

“Kita pilih tarikh November 2014 itu sebab ketika itu harga minyak dunia adalah sangat rendah dan dalam trend menurun.

“Sebab itu apabila kita mansuhkan subsidi dan penetapan harga minyak RON95, harganya jatuh dari RM1.90 ke RM1.60.

“… Dan sekiranya ianya naik semula pun, ianya dengan cara berdikit-dikit dan berasuran untuk memberi impak paling rendah kepada kadar inflasi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau maklum bahawa beban subsidi kerajaan sudah menjadi sangat besar pada kadar RM80 bilion bagi tahun ini terutamanya oleh subsidi bahan api termasuk gas masak.

“Namun saya lihat Petronas sedang menikmati manfaat yang sangat besar ketika ini dan mungkin mencatat keuntungan yang lagi besar.

“Misalnya purata harga minyak dunia Brent bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2022 ini adalah US$86.50, US$97.13 dan US$117.25 masing-masing.

“Akibatnya, keuntungan bersih Petronas bagi Suku 1 tahun 2022 sudah cecah RM23.4 bilion,” katanya. E9

Mansuh subsidi minyak pukal boleh naikkan kadar inflasi – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker