‘Jho Low 2’ akan ekstradisi oleh Bukit Aman

PETALING JAYA: Bukit Aman mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang seorang ahli perniagaan Malaysia, Teow Wooi Huat atau dikenali sebagai Teddy Teow yang ditahan pihak berkuasa Thailand pada Jumaat lalu.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, penama berkenaan merupakan individu yang disiasat oleh PDRM di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan telah ditahan oleh pihak berkuasa di sana.

“PDRM kini sedang dalam proses permohonan untuk penama dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan,” katanya ringkas dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu, media melaporkan polis Johor akan menyemak status siasatan berhubung kes penipuan pembelian hartanah berkait ahli perniagaan itu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan kepada media buat masa ini pihaknya belum dapat memberikan komen lebih lanjut sama ada lelaki berkenaan akan dibawa pulang ke negara ini untuk siasatan atau sebaliknya.

Ia susulan polis Johor hanya mempunyao satu siasatan (kes) sahaja membabitkan Teddy Teow.

Sebelum ini media Thailand melaporkan pihak berkuasa negara itu menahan Teow Wooi Huat atau dikenali sebagai Teddy Teow, kerana didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram hasil aktiviti perjudian dalam talian di selatan Thailand.

Teddy Teow, 55, dilaporkan ditahan di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Danok berhampiran sempadan daerah Sadao, awal pagi Jumaat lalu.

Bernama kelmarin pula melaporkan, visa lelaki terbabit dibatalkan dan sedang menunggu untuk diusir keluar oleh pihak berkuasa Thailand.

Penguasa Polis Sadao, Kolonel Bunthaeng Laocharoen dipetik berkata, Teddy Teow yang juga pengasas MBI Group International, sudah diserahkan kepada Polis Imigresen di Songkhla dan kemudian dipindahkan ke Pejabat Imigresen Suan Plu di Bangkok.

Dalam pada itu, Bunthaeng menafikan laporan media bahawa Teddy Teow ditahan di wilayah selatan Songkhla pada Jumaat lalu atas tuduhan berhubung pengubahan wang haram yang mempunyai kaitan dengan perniagaan perjudian dalam talian di Danok, Sadao.

Katanya, Teddy ada dalam senarai Notis Merah Interpol dan dipanggil bagi dimaklumkan visanya dibatalkan dan tidak akan didakwa di Thailand.

Teddy Teow dianggap sebagai ‘Jho Low 2’.

Pada 3 Januari lalu, bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang media memberitahu polis sedang mengesan tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang.

Beliau berkata, Teddy Teow berperanan sebagai pembeli yang berurusan dengan syarikat pemaju manakala dua anaknya, Teow Ee Meng, 30, dan Teow Chee Chow, 32, pula adalah dua ‘proksi’ yang juga pengarah syarikat bagi Tuah Semenanjung Sdn. Bhd. dan MBI Properties Sdn. Bhd.

Ia susulan laporan siasatan awal diterima Ogos tahun lalu di Pekan Nanas, Pontian, dan Nusa Bestari, Iskandar Puteri, membawa kepada pembongkaran kegiatan sindiket itu, seterusnya tangkapan 12 individu tempatan yang juga pengarah syarikat berusia antara 29 hingga 68 tahun, pada 3 hingga 21 Disember lalu.

Ayob dilaporkan berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kontinjen Johor menubuhkan satu pasukan khas menerusi Op Pelican 2.0 bagi menjalankan siasatan secara intensif untuk mengesan aliran wang mangsa kepada sindiket Macau Scam terbabit.

Sindiket berkenaan dipercayai menggunakan wang hasil penipuan untuk membeli 100 unit kondominium mewah dan unit komersial bernilai RM336 juta di Georgetown, Pulau Pinang selain disalurkan untuk jual beli mata wang kripto.

Siasatan lanjut mendedahkan sindiket berkenaan menerima wang berjumlah RM25 juta menerusi akaun keldai daripada 91 akaun bank berbeza, iaitu 18 akaun peribadi dan 73 akaun bank milik syarikat sejak Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, Teddy Teow dikatakan berjaya meloloskan diri ke Danok, Thailand manakala dua lagi anaknya dipercayai masih berada di dalam negara.

Difahamkan, lelaki itu juga dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan kes penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker